Sejak kebelakangan ini, saya acapkali mendapat tawaran dari pelbagai pihak. Ya, tawaran, untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam majlis-majlis tertentu. Saya tidak maksudkan majlis harijadi

atau majlis berbuka puasa
ya rakan-rakan, tapi majlis yang melibatkan pelajar-pelajar malaysia di universitas padjadjaran ini.
Sejujurnya, saya menganggap bahawa kejadian atau peluang ini adalah untuk membuktikan kepercayaan orang terhadap saya. Tetapi, hati ini gundah, risau, memikirkan tanggungjawab berat yang perlu dipikul tatkala memegang jawatan-jawatan tersebut. Maka, wajarkah saya menganggap ia sebagai rezeki atau cabaran? Oh dilema..dilema..
p/s: Inilah penangan akibat menjadi pengikut sang pelangi.
p/s2: Apakah objektif saya menaip entri kali ini? Entahlah. Saya sudah terlupa tujuan sebenar. *lidah dijelirkan secara manjanya*

6 comments:
comel nya! lidah dijelirkan semanjanya. xpenah dengar. hihihi.
fikirlah semasak masak nya dan apa yang terbaik untuk diri anda.
wahh. :pp
hmmm kalau daku diberi peluang, daku pilih yang majlis pertama itu. yakni, majlis harijadi. tapi dalam konteks anda, daku rasa adalah lebih baik anda terima mana yang anda mampu. mengenai soalan, anggap ianya sebagai dua2. cabaran dan rezeki. rezeki tuhan bagi untuk menjadi cabaran kepada anda dan untuk Dia uji. maka, jgn gagal ya!
mungkin bila orang nampak nina boleh buat kerja dan dipercayai,that's why orang nak nina bekerja bersame..actually it's a good experience and bole tambah banyak ilmu bila kita berorganisasi atau membantu dalam menjayakan sesebuah prog..
but we know our limitation..kalau rase cam dah 'full' sgt..bukannye besalah pun kalau tolak..but if u think u can..why not? kan? hehhe..
ppl hv confidence in you!
alynn: hampir hangus sudah saya berfikir. hehe. terima kasih alynn
al: oh kalau daku diberi peluang, daku juga memilih majlis harijadi. kek harijadi menjadi tarikan utama. ya, saya harap saya tidak menemui kegagalan. terima kasih al.
duha: sebenarnya, saya rasa jadual harian saya bukan penuh dek kerana kerja-kerja ini, tetapi sebenarnya ketidakefisienan saya mengendali urusan harian. hehe. memang benar, apabila kita menyertai sesuatu organisasi/program, banyak ilmu yang kita dapatkan. sebab itu saya merasa sayang kalau saya harus lepaskan tanggungjawab itu. saya tidak mahu lepaskannya :p
terima kasih duha.
salam..percaya dan yakin dgn kebolehan diri..chaiol3x Nina...
haikal: hatur nuhun pak.. :p
Post a Comment