
badannya kecil sahaja, bahkan lebih halus dari semut biasa, tapi penangannya tak dapat dinafikan. sedar-sedar sahaja, teman saya datang ke kelas dengan parut yang lain macam. dikira jerawat, tetapi berdasarkan kehadiran vesikel nanah, saya bertanya apakah ia sebenarnya Charlie. Diagnosa Charlie telah disahkan oleh ibu teman, seorang doktor. hehe
okeh teruskan dengan ibrah. anda mesti pelik, apa yang kita boleh ambil dari serangga yang menakutkan ini?
bayangkan, jika Charlie ini datang menghampiri anda, seboleh-bolehnya anda ingin membunuhnya sebab takut digigit bukan? jangan kata Charlie, nyamuk atau lalat juga anda dah bersedia untuk bagi tamparan wanita. tapi bagi kes Charlie, seelok-eloknya, jangan kita hancurkan badannya, sebab toksin akan terkeluar apabila badannya bercerai berai. seelok-eloknya, disapu jauh atau dilekatkan pada pita pelekat dan dibuang serta merta, dan doa agar Allah lindungi kita darinya.
sekarang, bandingkan Charlie dengan masalah hidup. tak semua masalah kita dapat selesaikan, banteras, pecahkan. kadang-kadang, kita perlu menerima bahawa masalah itu sebaik-baiknya diketepikan, mengalah sahajalah, redha, demi kebaikan semua dan masa depan. walaupun masalah itu boleh dianggap remeh, tapi sebelum berbuat apa-apa, kita fikirkan kesannya. contoh: kalau ada seorang teman meminjam wang kita, tetapi masih belum dibayar. beliau beriya-iya mengatakan sudah terlunas. kita ada 2 pilihan: a)halalkan sahaja, dan terima kemungkinan bahawa kita yang pelupa. b) tunjuk bahan bukti, ajak teman-teman yang menjadi saksi, dan mengungkit semula.
dari pilihan a) teman tersebut pasti akan merasa segan dengan kita (selalunya lah) dan kita juga dapat mengekalkan hubungan ukhwah.apalah sangat duit. duit boleh dicari lagi kan?
dari pilihan b) pula, hasilnya teman akan merasa tersinggung kerana anda perbesarkan hal yang dapat ditangani dengan mudah, dan beliau tidak akan mempercayai kita lagi. dia juga berasa malu dan akhirnya menjauhkan diri dari kita. kan?
jadi, kita nak pilih yang mana? nak sapu Charlie sahaja dengan satu sapuan pantas? atau nak tenyeh2 Charlie itu dan bersedia menghadapi risiko toksinnya? jawapan ditangan anda.jangan biarkan diri anda diselubungi Charlie~