Wednesday, September 22, 2010

minggu keempat september 2010

*untuk setiap perkataan yang agak asing, sila gunakan google untuk mencari penjelasan selanjutnya*

hurmm biar saya katakan dengan ringkas. minggu ini sangat mencabar. tapi bersyukur sangat sebab setiap kali kena tegur (read: perli/marah/kerja tak diterima) oleh dosen, saya cuma tersenyum dengan diri sendiri, dan ada juga tergelak kecil sebab kelakar & tak masuk akal je teguran2 yang diterima. akhirnya, saya dapat menerima teguran dengan baik. haha! selalunya mesti dah buat muka atau terus malas nak buat. nampaknya nina dah matang..? haha sungguh tak! ekekek..inilah apa yang saya buat selama minggu ni...


praktikum prostodontik: potong gigi untuk buat mahkota jaket - oh yang ni ok sikit sebab agak senang untuk lepas setiap peringkat. laju jugak buat..best2!




presentasi DSP5: oh yang ni pun ok sebab dah siap awal2...agak efisien. biasalah baru mula semester. dah hujung nanti mesti buat kerja pun sambil lewa (ehh nauzubilllah..taknak2 jadi doa nanti)


praktikum conservative dentistry/OD: oh yang ni paling best. sebab ada 32 gigi untuk disusun. tapi satu pun tak diperiksa sebab tak cukup bersih. *semua orang membuat spekulasi bahawa dosen nak balas dendam kat orang yang cuti raya awal. haha mungkin. padan muka saya* bila tunjuk kat kawan2, seorang tu siap cakap, dah berkilat dah gigi2 tu. haha takpe ini baru permulaan semester...insyaAllah masih banyak masa *wink*




praktikum orthodontik: okeh yang ni agak selekeh la. sebab malam sebelumnya tidur awal sangat (lepas isya') sebab dah berapa hari tah berturut2 tak tidur dengan betul. tidur bangun tidur bangun bangun pejam bangun. memang tak betul. pastu, kerja wayar untuk retainer separuh jalan baru siap. model gigi pulak rosak sebab terjatuh dan gigi depan tersumbing. pastu tertinggal barang (occludator & dental stone powder) maka terpaksa mengojek pulang kosan kejap. :p tapi takde masalah sebab sekurang-kurangnya ada perkembangan dalam tugasan.




praktikum radiologi: masih ok sebab macam ulangkaji pelajaran semester lepas. dapat main teka2 gambar anatomis. seronok lumba dengan kawan siapa betul. haha. pastu habis awal! terbaik~


masih ada satu presentasi DSP5 (lagi..2 kali seminggu ok), 2 praktikum ( pedodontik & clinical pathology) dan satu kuliah clinical pathology. harap2 masih boleh tersenyum. haha


Jumaat petang sampai Ahad malam : bertugas (cehh) untuk PRISMA. semoga berjalan lancar, amin!


oh ya, selamat berpuasa 6 bagi yang muslim..selamat menggantikan puasa cepat2 juga biar tak terlupa!

eee nak muatnaik (gituuu) gambar tapi tak lepas2 jugak. banyak gila gambar gigi nak tunjuk. lenkali jo la

No comments: