Friday, November 26, 2010

malam untuk berfikir

dulu-dulu waktu sekolah, asyik risau, kenapa kita tak ngam dengan kawan/geng, kenapa kita selalu terasa jauh je. waktu tu sedih sangat. eleh jangan tak mengaku, mesti pernah rasa juga kan?

tapi sekarang tak. sebab dah sedar, yang ia sebenarnya suatu nilai individualisme. si A, B, dan C, adalah 3 entiti berbeza. dari nama je pun dah lain, macam mana nak ada sifat sama?
mungkin orang cakap yang mereka sekepala, siap boleh sambung-sambung ayat, punyalah serasi. sebenarnya, mereka dah meluangkan masa yang begitu lama bersama, sampai dapat meneka perangai, kebiasaan seseorang. itu je.

tak perlu kita cuba untuk mengubah diri semata-mata untuk merasa diterima. tak perlu kita rasa tertekan kerana kita lain dari kebanyakan orang. kita masih boleh berusaha untuk diterima, tapi dengan cara menggunakan apa yang kita ada, dan apa-apa yang lain dengan diri kita, kita simpan untuk diri sendiri, dan mungkin sahaja boleh digunapakai untuk kumpulan kawan yang lain. inilah namanya adaptasi. juga, apa yang lain dengan diri kita, berbanggalah dan jadikan ia suatu perlambangan diri. lainlah kan kalau sifat yang kita ada tu negatif. dalam konteks ini, kita kena lah jadikan ia dorman, atau perbaiki dengan mengawalnya.


pesanan kepada adik-adik di luar sana yang masih keliru dengan keadaan sekeliling, cuba untuk mengenal kelebihan diri, gunakannya sebaik mungkin (berpandukan jalan yang betul), biarkanlah kata-kata orang yang tidak sedap didengar. people will only truly (instantly) like other people who are a carbon copy of them. take your time, and be your own individual. bila kita merasa bangga dan gembira dengan apa yang kita ada, orang lain juga akan terusik "kenapa dia begitu yakin" dan ingin merasakan sedikit keyakinan dan cuba untuk mendekati diri anda. disitu kita cuba untuk berkawan. bukan kita tak perlu mencari kawan, cuma biarlah usaha itu seimbang antara dua pihak. jangan kita yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. itu yang masalah.

be proud. be true. be yourself.

No comments: