mangsa rela yang saya maksudkan disini adalah mangsa rela berfesyen pelik demi mengikut 'trend'.
seribu simpati saya sampaikan kepada mereka yang telah menjadi mangsa rela ini. tapi maaf, saya tidak mampu menolong anda ke jalan yang benar, sebab anda yang memilih jalan itu.mungkin anda akan bilang "tapi Lady Gaga itu lagi pelik umangaih" tapi anda melakukan kesalahan disitu sebab anda meletakkan Lady Gaga sebagai batu pengukur. Selagi tak nampak macam Lady Gaga, selagi itu tak pelik, bagi anda. tsk tsk tsk
wahai mengkeme mengkeme(anda-anda) sekalian,
semua orang idamkan, sukakan, meraikan kecantikan. tetapi ia haruslah bersesuaian dengan tempat, masa, cuaca, dan majlis. jangan lupa agama. hepp suka letak agama di bawah sekali eh. tau sangat. manusia kan.
janganlah berlapis-lapisan atau memakai baju kurung kain sari di tempat yang panas, di majlis perkahwinan tema "garden", hanya kerana kainnya cantik dan akan membuatkan anda nampak terunggul. nehi nehi. anda hanya menyeksa diri. manusia akan lupa baju apa anda pakai selepas sehari. sebab tujuan utama datang sebab nak tengok baju pengantin je, bukan tetamu ya. ingat tu. pastikan pakaian anda minimalis dan kemas, pasti akan membuatkan anda senang didekati dan kurang dicaci. oops dikritik.
seorang teman ada mengatakan bentuk tudung yang dipakai haruslah melambangkan bentuk muka idaman. betul kan? maka bilamana anda memakai anak tudung yang ditarik di tengah seperti makcik-makcik arab (anak-anak gadis tak layan bohh fesyen tu), anda akan kelihatan seperti seorang alien yang dahinya berbentuk tajam. anda tanyakan diri sendiri, anda alien atau manusia. kalau anda alien, silakan. syabas kerana berbangga dengan bentuk lahiriah anda.
*dahi tajam meruncing ke kanan.cantik?*
*ni serkup/ anak tudung*
*ni tudung saji, bukan tudung*
people also have the gut to say that what they're wearing is hijab. you're guilty if you answer yes to any of of these:
1. do you wear tight jeans/skinny jeans/leggings (even with a dress)
2. do you wear your tudung/shawl/scarf above your chest area? (even if you got it covered with your shirt)
3. do you wear belts around your shirt/dress to show your sexy curves? (even if you cover every inch of your skin)
4. do you wear full length shirts but with 3/4 sleeves?
dan lain-lain. malas nak panjang cerita.
ianya bukan menutup aurat! anda dah salah konsep!
ok last. paling best sekali bila dah cantik semua ikut ciri-ciri yang betul, tapi ambil gambar dok terliuk-liuk terlentik-lentik, tergetik-getik. nak tahu tak rahsia yang boleh buat orang terpukau? senyum ikhlas dengan manis dan jaga kelakuan. titik. dari belanja banyak duit untuk beli baju, baik kumpul pastu beli rumah. rasa-rasa mangsa ni semua kalau dikumpulkan duit yang dah dibelanjakan oleh mereka, boleh dah bayar down payment kereta sebiji setiap seorang.
satisfaction doesn't come from behind all those accessories. you're just hiding your true self because you're afraid that you'll look too plain or unpretty without the clothes and the makeups. cuba hang tanya family hang, kalau hang waktu tu tengah pakai baju kelawar je kat rumah sambil tengok tv, "mak, saya cantik tak" mesti mak hang cakap "cantik nak" sebab dah tu kebenaran. lainlah kalau hang pakai mekap dan bertudung lilit2 sambil tengok tv kat rumah. tu saya tak leh kata apa la kan.
sebagai pengakhir kata, kita lahir tanpa mekap, kita 'pulang' juga tanpa mekap atau anak tudung terbaru di jalan tar (hang pernah nampak mayat pakai anak tudung syria 3 lapis? ada???) renung-renungkan dan selamat beramal!




3 comments:
nice :)
tq 4 sharing ur thoughts!
Assalam, syukran Nani... semoga kita sama2 mengambil iktibar dari note nie. Allah SWT telah menggariskan panduan yang serba sempurna n cara terbaik untuk tutup aurat, jadi ikutlah itu... kerana Allah SWT sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hamba2Nya... janganlah bertudung jika semata2 untuk berfesyen... Nani boleh buka blog ana. ana juga ada bahas sedkit sebanyak tentang tudung. ini Blg ana: Punshayiis87.blogspot.com
wassalam. ukhti, nama saya nina, bukan nani :) hehe. kadang2 bukan diorang taknak tutup aurat..selalunya sebab kurang pengetahuan dlm bab kenapa Allah tentukan begitu, dan bagaimana nak ikut sebaik2nya. kita harapkan je yg terbaik ye. wallahualam :)
Post a Comment