Sunday, May 3, 2009

..gundah gulana..

lalu, aku biarkan jari jemariku ini mereka koreografinya sendiri di atas komputer riba ini.

sedih, tanpa sebab yang aku sendiri tahu,
doa, telah ku baca dengan khusyuk sekali,
tangis, telah ku gugurkan tanpa ku sedari,
hati, berkecamuk mencari jiwa ini.

ya Allah, terimalah hambaMu ini
terimalah doa dan ibadahku
aku terasa kosong,kosong sekali
maafkan aku, leka dengan duniawi
maafkan aku, lalai mengingatiMu
maafkan aku, maafkan aku

dalam otakku sekarang, terbayang-bayang doa-doa yang pernah terlintas di depan mataku.. agar hatiku tidak dibolak-balikkan oleh Allah, agar aku dijauhkan dari fitnah, agar Tuhan menjaga ibubapaku sebagaimana mereka telah menjagaku.. tidak kurang juga doa agar pandangan dan maruahku terjaga.. dan aku kecewa dengan diri sendiri. doa itu penting, aku tak nafikan. tapi usahaku sendiri. ahh. depan cakap lain, belakang cakap lain. aku hipokrit sungguh.

aku benci sifat yang bernama nafsu ini. sebelum kau menghakimi aku, kau perlu sedar, nafsu yang aku maksudkan, bukan nafsu yang kau fikirkan. nafsu bagiku adalah sifat yang jelik, yang ada pada seseorang apabila menginginkan sesuatu sampai buat dia lupa diri. nafsu ada banyak. nafsu harta, nafsu gelaran, nafsu inginkan teman. aku mengaku, aku golongan terakhir. aku sendiri tidak tahu kenapa aku merasakannya. kadang-kadang, aku jijik dengan diri sendiri, kerana telah membuatkan aku nampak hina. tak malukah aku? urghh. tapi mungkin, mungkin kerana aku menginginkan seseorang yang aku dapat berkongsi cerita, masalah, dan impian. kau mungkin bertanya, kawan baik tak ada? tak ada lah. aku dah cuba. memang belum berjaya. mungkin juga aku sedar, aku lebih suka berkongsi masalah dengan lelaki dari perempuan. sebab lelaki bagi kesedaran yang *nah kau!* menusuk di jiwa tanpa perlu bersembunyi dibalik kata-kata manis yang memberi harapan. aku benci akan harapan. ia membuatkan aku khayal. lelaki juga dapat menyedarkan aku bahawa masalah-masalah yang aku rasakan itu, adalah kecil sekecil biji sawi, yang tidak signifikan langsung, dan tidak memberi kesan pun kepada dunia. tapi kan, aku sendiri tak selesa jika bersama lelaki yang bukan muhrim. haha. go figure.

tapi aku tetap sayang kawan-kawan perempuan aku. tanpa mereka, aku mungkin tidak mengenal erti emosi dan kasih sayang (echehh). siapa aku dulu, sekarang, dan nanti, banyak dipengaruhi oleh kehadiran mereka. kalau kau rasa kau kawan aku, memang kaulah yang aku sebutkan. aku tak menyimpan apa-apa prasangka buruk sekarang. aku menganggap semua adalah teman, walaupun kau membawa diri ke arah jalan yang aku tak setujui. kau adalah kau, kau yang tentukan hidup kau, dan aku disini, bila kau perlu, bersedia untuk menyambut tangan kau.

nampaknya, aku dah berjaya melalut dan lari dari topik asal. tapi aku tak kisah. aku suka. sebab akhirnya aku dapat menenangkan jiwa aku yang sering dilanda banyak permasalahan yang tak koheren. jika kau berjaya sampai ke tahap ini, kau wajar menerima sebahagian dari hati aku. sebab kau telah tunjuk betapa pentingnya kewujudan aku dalam hidup kau. terima kasih. azan Asar dah berkumandang, aku solat lah ye? papai..

9 comments:

patenten said...

akulah sahabat sejati kau kan nina? sbb aku separa lelaki separa perempuan. tetapi masih muhrim. perfect! (masukkan intonasi sirna disini)

nina, kau dari dulu sering gusar begini kan? kenapala kau jauh sgt. dulu kita dekat, selalu je bersama. papehal kau boleh je mengadu pada aku sbb aku sentisa sudi utk mendengar. tp dah jauh gaban gini kita dah taktau wats going on in each other's life nemore.

kau sunyi ke? aku pun sunyi kat sini. mmg makin payah utk cari teman baik yang baru tambah2 pada tahap dah tua camni. tapi takpe, kita mintak jelah hati kita ditenangkan. tak lama lagi ok la kot?

Nina :) said...

haha..betul2.. untung aku jumpa manusia 2 alam cam kau :P
entahlah kan.. aku asyik gusar je. aku sendiri pelik dengan kegusaran hati aku..hehe
nak ngadu pun, cam susah sebab aku rasa aku banyak ngadu sangat. so aku rasa cam xwajar aku ngadu. biarkan ia berlalu~ cheyh2
aku sunyi? hurmm.. sunyi la jugak sebab xde sum1 yg betul2 can be there for u n only u. tu la. xlama lg ok la kot. sayang ko abg paten. nah sebahagian hatiku utk kau..amek2..jgn memalu <3

Abell M said...

nina..
sy kwn kmo jugak kn~
hehe
hopefully walaupn dh abes maha..kte tetap contact2..
dun 4get..our besday r same..hehe

Nina :) said...

bella.. mestila!
insyaAllah xakan lost contact..
nanti kite sambut bday sesame okeh, twin? hehe

Balqis Riza said...

nice post~
=)

visit my blog eyh~

Unknown said...

nina.nina.nina.
hihiihihhi..
ape yg ko ngarot tu pun ak xtau da..tp ayat yg ala 'sajak ke syair ke pantun' ke ape kat ats tu yg paling best..hehehehe..
nwy prays that Allah'll calm your soul...
as u feel no one to turn to, remember that Allah'll alwys be with u..:)))

Nina :) said...

balqis: da singgah da..tp blum comment lg.. nk kuih seri muka sket :P nmpk sdp gle :)

athe: ciss athe siot je ckp nina ngarot. ni bahasa indah ok..xkan seorang penulis xphm kot?
Allah memang ada 24/7 utk kite.. hee :D

SangPelangi said...

Oh apa susah. Asalkan tahu batasnya, berhubungan melalui maya saja dah memadai. Mungkin.

Nina :) said...

eh eh SangPelangi la.. ahlan :)
mungkin juga.. tapi aku kurang percaya keberkesanan teori itu. pengalaman. huhu