kalau dikira masa yang saya guna, rasa-rasanya siput ni dah sampai zimbabwe.
sampai-sampai dekat airport baru jam 8.20 pagi..tapi manusia dah beratur panjang
dari pintu masuk airport, sampailah pintu masuk imigresen.
nasib baik saya yang memandu tadi, kalau tak, dah lama ambil gambar sebagai bukti.
maka, awak percaya je lah ya dengan kata-kata saya ni. garisannya, sangatlah panjaaaaaaaaaaaaaang ;p
seperti biasa, saya yang ala-ala mak nenek ni
lupa nak buat salinan kad pengenalan dan ambil gambar passport awal-awal.
maka haruslah pergi buat dulu macam orang dungu.
sambil beratur tu, tiba-tiba saya dipotong oleh seorang pakcik berbangsa cina*tua yang macam tak tau apa-apa tapi ditolak oleh anak lelakinya yang kurang bijak tu.
saya pun menegur lah dengan manis tapi tegasnya: "uncle, beratur la.."
dia dan anak dia buat tak tau je.
wah nasib baik saya sabar, kalau tak da lama mereka merasa paluan siku tajam ni. ecewah.
dah siap ambil gambar, tengok lah hasil pemotretan itu.
wahahahahaha
macam perempuan gatal. tergelak-gelak saya tengok.
dulu nak ambil gambar ala-ala ayu sikit, tapi hasilnya macam bangla kepenatan*
kemudian beratur la di hadapan kios untuk pembaharuan pasport..katanya laju dan berkesan lah..rupa mesin macam ATM bank dah. baru nak lega sebab mungkin dapat jimat masa, tapi subhanallah, manusia punya ramai, dia ada satu mesin je. hmm dugaan lagi..
dah beratur bagai nak rak selama hampir sejam, saya akhirnya sampai di hadapan mesin itu.. baru lepas mengucap alhamdulillah sebab akhirnya selesai juga pertarungan ini. tengok-tengok "data di mykad dan pasport tidak sama, sila tekan cancel" huwaaa meraung saya di hadapan mesin itu.** nasib baik pakcik dan kakak pegawai disitu baik, dia bagi borang, dan tolong saya percepatkan urusan di kaunter dalam. terpaksa juga la pergi buat secara manual. zzzzz
bila sampai kaunter, abang pegawai tu tanya, "asal muka masam je dik" saya pun jawab dengan muka macho "sebab saya dah tunggu dari pukul 8.20 (jam waktu tu lebih kurang 12 tengahari lebih)..penat saya beratur dari tadi" sambil menahan airmata dan suara dari terkucil. ahaha. abang tu pun menjawab "biasa lah dik, abang pun dah cuba buat selaju mungkin, ni pun adik dapat nombor spesial nih" dalam hati "iya lah tu bang"
lepas tu, tinggal buat bayaran, dan kejap lagi jam 4 lebih, saya nak kutip passport baru berwajah gatal tu..kemudian jemput kakak saya di pejabatnya sebab saya guna kereta dia.
peringatan:
1. jangan lupa sediakan salinan mykad/sijil kelahiran, dan 2 keping gambar terbaru (sekurang-kurangnya) sebelum berhajat nak beratur kat imigresen. lain lah kalau awak ada kaki perkasa yang mampu digunakan untuk beratur lama. haa tak ada kan?
2. sediakan mp3/mp4/alat elektronik/buku yang dapat meneman anda dari merasa kebosanan yang amat.
3. makan dahulu sebelum berurusan di tempat-tempat kaunter kerajaan. kalau tak, mungkin anda akan dijumpai pengsan mulut berbuih kerana kesan penghasilan jus gaster yang melampau/lapar.
4. jangan lupa sediakan sebarang bentuk kipas (jika hendak ke subang) kerana alat penghawa dingin di pejabatnya tidak berfungsi sejak 2006(ya betul, saya baca tarikh dari notis. bukan direka-reka)
5. elakkan diri dari berfikiran negatif terhadap pegawai-pegawainya. mereka cuba melakukan yang terbaik. rasanya sistem perjalanan dokumen yang tak berapa berkesan, bukan mereka.
rujukan:
*oops ayat berbaur perkauman disitu.. 1malaysia!
**bila dikenangkan, mungkin sebab saya baru lepas menyumpah-nyumpah di dalam hati bila dengar cerita makcik belakang yang asyik ulang ayat sama "kalau saya tak sabar, dah lama saya cabut" hampir 10x (ya lah makcik, awak seorang je yang terpaksa tunggu lama dan bersabar) dan agak membangga diri menceritakan destinasi-destinasi percutian lepas dia. (mampu geleng kepala je)
p/s: mat saleh yang beratur depan saya siap membuat komentar kepada pasangannya "1 machine, 1Malaysia" tatkala beratur di kios KIPPAS. *malu oi malaysia. kata dah maju*
p/s2: nasib baik ada kanak-kanak comel tadi yang sangat peramah. dapat bermain sekejap mengurangkan tensi. huhu
p/s3: padan muka pakcik yang potong garisan saya tadi. saya yang siap dulu. *jelir lidah puas-puas*
p/s4: masa yang dihabiskan di imegresen subang? 5jam. dari 8.20 sampai 13.20 lebih sikit. HAH!
p/s5: emm saya yang bijak agaknya. pergi buat pada hari wilayah. orang kerja kl balun la datang beraya ramai-ramai buat passport. saya yang duduk subang boleh je buat bila-bila. ahaha. salah bajet masa :P

6 comments:
duha pun buat passport hari ni..
tapi kat kajang..
kalau tpt same boleh jumpa..
bdw,
sangat percaya dengan cerita line panjang tu..
sebab sama je keadaan kat kajang nih..
sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttt panjang..
tapi Alhamdulillah boleh guna kiosk je, so line beratur tak sepanjang beratur utk manual la..
anyway, Alhamdulillah da selesai..so dah dpt passport baru!! :)
orang ramai sbb hari ni cuti wilayah kan..so sume amek keputusan utk renew passport time cuti..and selangor tak cuti..jadi office2 imegresen kat selangor laa kene serbu..ehhe~ ape boleh buat..malaysia banyak sgt cuti :p (ye ke?)
ahaha tau xpe! nasib baik dpt selesai dlm satu hari jugak..yg tu sy suka..heee
eh eh. msia cuti byk la best. lalala
nk tanye. apsal tak buat dekat PKNS? aku slalu buat ari sabtu lagi.. ok je? takde nye tunggu lama2 nk submit borang.. petang kul 3 dtg balik.. note to everyone in subang. renew ur passports in PKNS shah alam tingkat 2. :)
sebab kakak aku keje airport subg..alang2 tu buat je la kt situ. salah bajet hari la..lupe 1st feb tu cuti wilayah. td aku br gi blk sbb btulkn sumtg,xrmi sgt pun..pggl pun laju jek. n aku dgr makcik *yg aku umpatkan tu* tu ckp klu kt pkns lagi la panas sbb x open air. xsggp. plus if aku gi pkns, tkut blk dgn tudung 2-3helai. ahahaha
padan muke kowt..ekekekek
duwe: erkk..*terkesima*
Post a Comment