Tuesday, May 4, 2010

pengalaman mengajar aku (echeehh)

Masuk hari ni, dah 3 kali (yang aku betul2 ingat la) aku dihina oleh 3 orang pendidik yang berbeza. 1st tu sebab maybe dia ignorant or dia ingat dia kelakar. 2nd tu sebab darah masih muda, so aku maafkan lah. 3rd ni aku tak tau apa silap aku. langsung. aku cakap baik-baik sangat serius tak tipu. nasib mood aku spoil kejap je, pastu dah naik balik sebab kerja banyak yang dah selesai :D

Aku tak kesah kalau aku ditegur, kalau aku dirotan, demi sebuah ilmu yang bermanfaat. Tapi kalau kata-katanya berbentuk terlalu peribadi/personal.. mana mungkin aku menerima dengan baik. entahlah, orang yang lebih tua, sesuai ke kalau kita cakap dia kurang ajar?
sabar je la.. nama pun cikgu kan, mungkin diorang stress kot tak dapat students yang bijak cemerlang. hmmm..

rasa terkilan yang amat sangat sebab aku memandang tinggi profesi itu, tapi sikap macam tu, merosakkan segala baik sangka yang ada.

entah apa salah aku, menanyakan soalan wajar, cuba menjawab dengan baik. salah aku juga sebab tak memahami apa yang diajar. janganlah kita harap bulat2 pada apa yang diberi, kita sendiri kena bersedia dahulu dengan berusaha mencari maklumat segala.nina nina. ingat tuh..

lepas ni jangan ambil hati sangat la eh. kita ambil sebagai pengajaran okeh?

p/s: lain kali kalau nampak cikgu macam tengah bad mood, saya cadangkan anda tawarkan coklat ke.. dapat meningkatkan jumlah endorfin dalam badan lantas meningkatkan kegirangan di hati mereka. Hasilnya, peratus kemungkinan mereka untuk bertindak di luar kawalan ke atas kita akan berkurang dengan mendadak. Cuba jangan tak cuba :)

4 comments:

Connecting With My Own Soul said...

lor. kesian nina.
xpe2.
jangan kecik hati. :)

Nina :) said...

thanks izzy :)
xkecik ati lah.. makan n luah balik je :P

ridhwan said...

xyah bagi coklat..sembur laughing gas je..kompom mulut die kena senyum..haha..

Nina :) said...

haha okeh lenkali sy gi kelas bwk tong laughing gas skali ek. thanks cik 1308. (aikk tukar nme plak)